Selasa, 24 November 2009

Selamat Hari Raya Haji. . .


blogspot visit counter

View My Stats

BISKUT RAYA 2009

Selamat Datang kami ucapkan kepada pengunjung blog ini. Buat masa ini kami nak berkongsi 7 jenis resepi Biskut Raya yang kami tahu dengan anda semua.


Ini adalah antara jenis-jenis biskut yang kami tahu.
  1. Shortbread Cookies
  2. Bahan-Bahan
  3. Almond London
  4. Bahan-Bahan
  5. Chocolate Crunch
  6. Bahan-Bahan
  7. Hazelnut Ball
  8. Bahan-Bahan
  9. Chocolate Rice
  10. Bahan-Bahan
  11. Chip Coklat Rangup
  12. Bahan-Bahan
  13. Chocolate Pretzel
  14. Bahan-Bahan

Tips Membakar

  1. Panaskan ketuhar sebelum kepada 180 C selama 15 minit.
  2. Guna mentega tulen lebih sedap dari majerin.
  3. Tepung gandum all purpose boleh digunakan tapi lebih rangup jika guna tepung biskut (Cookies flour).Saya guna tepung jenama Red Rose.
  4. Guna telur bersaiz sederhana, jangan guna telur besar kerana banyak air dan jadikan doh lembik.
  5. Jika doh lembik, boleh tambah sedikit tepung. Masukkan dalam plastik dan simpan peti sejuk 30 minit agar ia mengeras.
  6. Emplex adalah serbuk perangup biskut, tapi tak semua biskut mengunakannya.Jika dah rapuh, tak perlu guna emplex.
  7. Sebaiknya bakar biskut guna api atas dan bawah.
  8. Biarkan biskut sejuk baru diangkat dari dulang pembakar. Masih panas ia lembut dan mudah pecah.
  9. Simpan biskut dalam bekas kedap udara.Biskut tahan disimpan 3 bulan tanpa bahan pengawet.
  10. Biskut perlainan jenis jangan disimpan dalam bekas yang sama kerana akan berubah rasa.

Isnin, 23 November 2009

Tips Dekorasi

  1. Untuk menghias makanan seperti biskut, anda perlu sesuaikan hiasan biskut mengikut konsep yang betul.
  2. Misalnya untuk kanak-kanak, buatlah kek kelihatan comel, menarik dan menggunakan warna-warna ceria.
  3. Reka bentuk hiasan dengan bermacam-macam bentuk. Seperti bulat, aiskrim dan sebagainya...

Penyediaan Chocolate Pretzel

Cara :
Pukul mentega, gula aising dan telur hingga kembang. Gaulkan susu UHT, gula castor, tepung dan serbuk koko.
Dengan menggunakan beg aising, bentukkan seperti dalam gambar. Bakar dalam ketuhar sehingga masak. Sejukkan di dalam peti sejuk seketika dan celupkan dalam coklat yang telah dicairkan

Penyediaan Chip Coklat Rangup

Cara Penyediaan:

  1. Sebatikan bahan A.
  2. Masukkan semua bahan-bahan B dan C.
  3. Ambil adunan di masukkan ke dalam loyang dan ratakan.
  4. Cucuk dgn garfu dan bakar selama 30 mint atau sampai agak garing.
  5. Sejukkan dahulu baru di tuang coklat cair dan tabur coklat rise hijau.
  6. Potong-potong empat segi dan boleh di makan.

Penyediaan Chocolate Rice

Cara

  1. Pukul buter dan gula sehingga sebati.
  2. Masukkan kuning telur dan kacau rata lagi.
  3. Ayakkan tepung jagung, tepung gandum dan serbuk koko.
  4. Masukkan sedikit demi sedikt dan kacau rata.
  5. Gunakan acuan bunga cina/dahlia untuk mencorakkan patern.
  6. Pamkan adunan kedalam paper-cup dan hiaskan dengan coklat rice dan badam cincang.
  7. Masakkan dalam oven 170'C selama 25 minit.
  8. Sejukkan dan simpan dalam balang kedap udara.

Penyediaan Hazelnut Ball

Cara Penyediaan:

  1. Gaulkan butter, shortening dan gula sehingga lembut.
  2. Masukkan telur dan vanilla dan gaulkan lagi.
  3. Masukkan badam dan tepung dan gaulkan lagi.
  4. Buatkan sapeti bentuk bebola kecil dan susunkan dalam loyang
  5. Panaskan oven pada suhu 170'C selama 10 minit
  6. Bakar dalam suhu selama 20 minit atau masak. Sejukkan dalam loyang.
  7. Cairkan coklat putih cara double boiler dan celupkan biskut.
  8. Masukkan biskut dalam paper cup.
  9. Hiaslah mengikut suka hati.
  10. Tunggu sampai biskut sejuk betui baru masukkan dalam bekas kedap udara

    CREAM COKLAT PUTIH:
    1. Cairkan kedua-dua bahan dengan cara double boil sehingga semuanya cair.
    2. Masukkan sedikit coklat putih dalam mangkuk kecil.
    3. Celupkan biskut dan masukkan dalam paper-cup. Gunakan penyepit kecil.
    4. Hiaskan dgn candy merah dan biarkan beku.
    5. Simpan dalam bekas.

Penyediaan Chocolate Crunch

Cara:-

  1. Angkat dan masukkan butter. Kacau sehingga coklat dan butter sebati.
  2. Masukkan semua bahan dalam mangkuk besar dan gaul rata dan sebati.
  3. Masukkan sesudu kedalam acuan kertas dan taburkan manim warna-warni.
  4. Biarkan sejuk dan beku sendiri. Simpan dalam bekas kedap udara

Penyediaan Almond London

Cara membuatnya:-

  1. Satukan mentega dan gula aising, kacau hingga sebati, masukkan kuning telur dan esen vanilla, terus memukul hingga berkrim.
  2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh yang lembut. Tutup doh dengan tuala lembap. Ambil sedikit doh, kurang lebih 3/4 camca teh dan salutkan doh tadi pada sebiji badam. Buat hingga habis.
  3. Bakar dalam oven pada suhu 150C selama 10 - 12 minit. Sejukkan atas jaringan. Cairkan coklat secara double boiler (meletak mangkuk tahan panas berisi coklat masakan di atas periuk air mendidih). Bila coklat cair, masukkan lemak sayur dan kacau rata.
  4. Ambil sebiji biskut yang “botak” tadi, masukkan dalam peper cup dan sudukan coklat masakkan hingga memenuhi biskut. Tabur sedikit badam cincang dan susun dalam bekas. Buat seterusnya dan susuh rapat2 anrata satu sama lain, tujuan untuk menjadikan biskut sedikit bujur bila coklat mula membeku nanti.
  5. Buat hingga habis dan biar coklat betul2 beku, baru simpan dalam bekas kedap udara

Penyediaan Shortbread Cookies

Cara :
Sapu sedikit mentega diatas loyang cutter. Kemudian alas dengan kertas minyak. Sapu lagi mentega diatas kertas minyak. Ketepikan.

Gaulkan kesemua bahan biskut dengan perlahan-lahan sehingga menjadi sebuku doh yang lembut. Kemudian masukkan ke dalam loyang cutter. Tekan perlahan sehingga rata permukaannya. Tekan ‘cutter’ ke atas adunan tadi. Bakar dengan suhu 180 C selama 12-15 min.

Bila masak, cabutkan alat pemotong biskut (cutter) dan sejukkan biskut. Cairkan coklat masak dan tuang diatas permukaan biskut sehingga rata. Coklat putih yang telah dicairkan dimasukkan dalam piping beg dan lorekkan bentuk zig zag diatas permukaan coklat masak tadi. Kemudian lorekkan dengan lidi untuk hasilkan corak celorang celoreng.

Masukkan semula alat ‘cutter’ ke dalam biskut dan dinginkan biskut dalam peti sejuk selama 10 min. Apabila coklat telah keras, cabut ‘cutter’ dan simpan biskut dalam bekas kedap udara.

BISKUT CHOCOLATE PRETZEL


Bahan-Bahan:
250 gm mentega
120 gm gula aising
100 gm telur
50 gm susu UHT 10 gm gula castor yang telah digaulkan dengan vanila
450 gm tepung
10 gm serbuk koko


Cara Penyediaan >>

CHIP COKLAT RANGUP


(A)

250gm Butter
1 tsp vanilla
130gm gula kaster

(B)

50gm serbuk badam
20gm coffee mate/susu tepung
40gm conflake ?di mesin halus

(C )

270/280gm tepung gandum
30gm tepung jagung
20gm tepung beras

Bahan Topping:-

Topping: Coklat masakan dan Coklat rice hijau


Cara Penyediaan >>

CHOCOLATE RICE


Bahan
250 gm butter
150 gm gula halus
1 biji kuning telur
50 gm tepung jagung
230 gm tepung gandum
30 gm serbuk koko

Bahan Hiasan
paper cup
coklat rice
badam cincang


Cara Penyediaan >>
HAZELNUT BALL




Bahan-bahan:

200 gm butter
50 gm shortening
160 gm gula
1 biji kuning telur
1 s/t vanilla
150 gm hazenut kisar ]
260 gm tepung gandum ] gaulkan rata
100 gm tepung jagung ]
hiasan paper cup coklat putih manik hiasan

CREAM COKLAT PUTIH:
250 gm coklat putih
30 gm shoterning atau cocoa-butter

Cara Penyediaan >>

CHOCOLATE CRUNCH


Bahan-Bahan
250 g cooking chocolate
50 g butter
150 g badam hancur [panggang]
200 g coco crunch
150 g bubble rice
acuan kertas
hiasan - manik warna-warni


Cara Penyediaan >>
ALMOND LONDON


Bahan Utama:-
125 g mentega
75 g gula aising
1 kuning telur
1 camca teh esen vanilla
225 g tepung gandum*
1 camca teh emplex*(*disatukan dan diayak)
335 g badam berkulit, digoreng hingga kuning keemasan, toskan atas paper towel
Bahan Lain:-
300 g coklat masakkan (saya guna coklat masakan jenama “tulip”)
1/2 camca besar lemak sayur
Badam cincang secukupnya, disangai hingga kuning keemasan
Paper cup saiz kecil secukupnya


Cara Penyediaan >>

SHORTBREAD COOKIES

Bahan biskut
240g tepung gandum
100g gula castor
100g serbuk badam
200gm mentega
70g susu tepung


Cara Penyediaan >>