- Panaskan ketuhar sebelum kepada 180 C selama 15 minit.
 - Guna mentega tulen lebih sedap dari majerin.
 - Tepung gandum all purpose boleh digunakan tapi lebih rangup jika guna tepung biskut (Cookies flour).Saya guna tepung jenama Red Rose.
 - Guna telur bersaiz sederhana, jangan guna telur besar kerana banyak air dan jadikan doh lembik.
 - Jika doh lembik, boleh tambah sedikit tepung. Masukkan dalam plastik dan simpan peti sejuk 30 minit agar ia mengeras.
 - Emplex adalah serbuk perangup biskut, tapi tak semua biskut mengunakannya.Jika dah rapuh, tak perlu guna emplex.
 - Sebaiknya bakar biskut guna api atas dan bawah.
 - Biarkan biskut sejuk baru diangkat dari dulang pembakar. Masih panas ia lembut dan mudah pecah.
 - Simpan biskut dalam bekas kedap udara.Biskut tahan disimpan 3 bulan tanpa bahan pengawet.
 - Biskut perlainan jenis jangan disimpan dalam bekas yang sama kerana akan berubah rasa.
 
Selasa, 24 November 2009
Tips Membakar
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan